Zaman sekarang ni semua benda nak cepat. Makan cepat, kerja cepat, belajar pun online je. Jadi mestilah kita nak smartphone yang boleh cas laju. Takkan nak tunggu sejam dua baru nak penuh? Tu zaman smartphone pakai bateri boleh cabut dulu boleh la. Kalau korang tengah cari smartphone fast charging terbaik bawah RM2000, artikel ni memang korang kena baca sampai habis.
Kita senaraikan beberapa model yang bukan je power dari segi pengecasan, tapi juga mantap dari segi prestasi dan skrin. Yang penting, harga tak lebih dari RM2K. Memang sangat berbaloi untuk korang yang nak jimat tapi nak performance tip top.
Apa Best Sangat dengan Fast Charging?
Sebelum kita pergi jauh, jom faham dulu kenapa fast charging ni penting.
Bayangkan korang bangun lambat, phone bateri tinggal 5%, tapi korang nak keluar rumah dalam 20 minit. Kalau phone korang support fast charging 80W ke atas, boleh siap 80-100% dalam masa yang sama kau gosok baju dan minum kopi. Tak stress langsung!
Senarai Smartphone Fast Charging Terbaik Bawah RM2000
Ni dia pilihan paling power yang korang boleh dapat dalam bajet. Semua model ni masih ada dalam Lazada Malaysia setakat ini, so senang je kalau nak terus beli.
1. Redmi Note 14 Pro+ 5G
- Harga: Lebih kurang RM1,699 (12GB/256GB)
- Fast Charging: 120W
- Bateri: 5,110mAh
- Skrin: 6.67” AMOLED 1.5K, 120Hz
Kalau korang jenis heavy user yang suka gaming, Netflix, TikTok, yang ni memang sesuai. Bateri besar, skrin lawa, dan cas dari kosong ke penuh pun sekejap je. Pengecasan 120W ni memang level flagship. Tak perlu risau bateri habis tengah scroll TikTok lagi dah. Dapatkan Redmi Note 14 Pro+ 5G sekarang di Lazada.
Nak tahu perbandingan dengan model lain? Boleh baca juga: Redmi Note 13 vs 13 Pro: Perbezaan & Pilihan Terbaik
2. POCO X7 Pro
- Harga: Dalam RM1,499 (8GB/256GB)
- Fast Charging: 90W
- Bateri: 6,000mAh
- Skrin: 6.67” AMOLED 1.5K, 120Hz
Kalau korang suka main game lama-lama tapi tak nak gangguan bateri cepat rosak? POCO X7 Pro ada bateri 6,000mAh yang memang sangat besar dengan pengecasan 90W, memang ngam. Dari segi skrin dan prestasi pun tak mengecewakan langsung. Smooth dan terang. Dapatkan POCO X7 Pro di Lazada dengan harga promosi.
3. Realme 12 Pro+ 5G
- Harga: RM1,999 (8GB/256GB)
- Fast Charging: 67W
- Bateri: 5,000mAh
- Skrin: 6.7” OLED FHD+, 120Hz
Realme 12 Pro+ ni lebih kepada gaya dan prestasi seimbang. Kalau korang suka smartphone nampak premium dan ringan di tangan, ini pilihan menarik. Cas laju, kamera cun, dan skrin pun padu. Sesuai untuk student, pekerja, atau mak ayah. Dapatkan Realme 12 Pro+ 5G sekarang di Lazada.
4. Xiaomi 13T
- Harga: RM1,999 (12GB/256GB)
- Fast Charging: 67W
- Bateri: 5,000mAh
- Skrin: 6.67” AMOLED FHD+, 144Hz
Ini model ‘budget flagship’ yang hampir setanding dengan smartphone mahal. Ada skrin 144Hz yang super smooth, dan fast charging 67W yang boleh cas penuh dalam lebih kurang 40 minit. Kalau korang jenis picky pasal skrin dan prestasi, Xiaomi 13T memang tak menghampakan. Korang boleh dapatkan Xiaomi 13T di SINI.
Nak tahu perbandingan Xiaomi dengan brand bajet lain? Jom baca Xiaomi vs Realme: Siapa Pengeluar Smartphone Bajet Terbaik?
5. Oppo Reno12 5G
- Harga: Dalam RM1,999 (8GB/256GB)
- Fast Charging: 80W SUPERVOOC
- Bateri: 5,000mAh
- Skrin: 6.7” AMOLED, 120Hz
Kalau korang nak yang stylish, slim, dan cas laju, Oppo Reno12 ni memang perfect. Dengan pengecasan SUPERVOOC 80W, dari 0 ke 100% tak sampai 30 minit. Reka bentuk pun moden dan sedap dipegang. Sesuai untuk yang nak tampil gaya sambil kekalkan prestasi. Dapatkan Oppo Reno12 5G dengan harga promosi di Lazada.
Tips Pilih Smartphone Fast Charging Terbaik
Nak beli phone baru bukan tengok harga je, ni beberapa benda penting yang korang kena perhatikan juga:
1. Kelajuan Cas
Kalau bawah 67W, kira biasa-biasa je. Tapi kalau atas 80W, tu memang cepat. 120W? Memang padu.
2. Kapasiti Bateri
5,000mAh ke atas dah kira okay. Lagi besar, lagi tahan lama. Tapi jangan besar sangat sampai berat phone.
3. Paparan & Refresh Rate
AMOLED + 120Hz = paparan mantap, smooth dan puas hati bila scroll atau layan video.
4. RAM & Processor
Minimum 8GB RAM kalau nak lancar. Lagi banyak, lagi power. Kalau boleh cari yang pakai chipset Snapdragon atau Dimensity generasi terbaru.
Mana Satu Pilihan Paling Baik?
Kalau bajet korang bawah RM2K dan korang nak fokus pada fast charging, ni cadangan ringkas ikut jenis pengguna:
- Nak cas paling laju & prestasi all-out: Redmi Note 14 Pro+ 5G
- Nak bateri besar & tahan lama: POCO X7 Pro
- Nak gaya premium & ringan: Realme 12 Pro+
- Nak skrin ultra smooth & spec tinggi: Xiaomi 13T
- Nak phone slim & cas laju: Oppo Reno12 5G
Semua ni ada dalam pasaran Malaysia dan boleh dapatkan kat Lazada (tekan je link tu dan terus ke Lazada) so tak payah risau barang luar negara.
Penutup: Jangan Tunggu, Upgrade Sekarang
Kalau korang selalu frust phone lambat cas atau asyik habis bateri masa tengah seronok tengok YouTube, dah sampai masa upgrade. Dengan bajet bawah RM2K je, kau boleh dapat smartphone fast charging terbaik yang bukan je laju, tapi power dari semua aspek.
Tak perlu tunggu model flagship RM4,000 baru nak puas hati. Sekarang, smartphone bajet pun dah makin canggih. Nak lebih tips, review dan perbandingan smartphone? Jangan lupa baca artikel-artikel lain kat blog HD Mobile.