HD Mobile

Antara Smartphone Dengan Bateri Yang Tahan Lama Pada Tahun 2025

Pada tahun 2025, teknologi smartphone telah mencapai tahap yang mengagumkan, terutamanya dalam aspek ketahanan bateri yang lama. Pengguna kini mencari smartphone dengan bateri tahan lama untuk memastikan smartphone mereka dapat bertahan sepanjang hari tanpa perlu mengecas smartphone dengan terlalu kerap. Berikut adalah senarai 5 smartphone dengan bateri tahan lama pada tahun 2025 yang boleh anda pertimbangkan:

1. Oukitel WP100 Titan

Oukitel WP100 Titan merupakan sebuah ‘rugged phone’ yang menonjol dengan bateri berkapasiti besar yang luar biasa, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang memerlukan ketahanan bateri maksimum dan juga ketahanan kepada kelasakkan yang sangat baik.

  • Kapasiti Bateri: 33,000mAh
  • Ciri-ciri Utama:
    • Standby Time sehingga enam bulan
    • Masa Call sehingga 289 jam
    • Paparan 6.8 inci dengan refresh rate 120Hz
    • Processor MediaTek Dimensity 7300
    • RAM 16GB dan storan 512GB
    • Kamera utama 200MP, infrared camera malam 20MP, kamera makro 2MP, dan kamera hadapan 32MP
    • Dilengkapi dengan lampu kem perkhemahan LED 1,200 lumen dan projektor 100 lumen

Dengan spesifikasi ini, Oukitel WP100 Titan sesuai untuk pengguna yang memerlukan peranti dengan ketahanan bateri yang luar biasa dan fungsi tambahan untuk aktiviti luar yang sangat bagus dan membantu.

2. Vivo Y29 4G

Vivo Y29 4G merupakan antara pilihan yang bagus bagi mereka yang mencari smartphone bajet dengan bateri tahan lama dan prestasi yang cukup baik.

  • Kapasiti Bateri: 6,500mAh
  • Ciri-ciri Utama:
    • Paparan 6.68 inci LCD Display dengan 120Hz Refresh Rate
    • Processor Qualcomm Snapdragon 685
    • 16GB (8+8) RAM + 256GB ROM
    • Kamera utama 50MP dan kamera hadapan 8MP
    • Menyokong pengecasan pantas 44W

Dengan bateri besar dan spesifikasi yang mantap, vivo Y29 4G menawarkan keseimbangan sempurna antara harga dan ketahanan bateri. Dapatkan di Lazada sekarang!

3. Apple iPhone 16 Plus

Apple iPhone 16 Plus menawarkan bateri yang cukup besar dan efisien, disokong oleh cip pemprosesan terkini untuk prestasi yang baik dan ketahanan bateri yang optimum.

  • Kapasiti Bateri: 4,674mAh
  • Ciri-ciri Utama:
    • Paparan Super Retina XDR OLED 6.7 inci
    • Cipset Apple A18
    • Masa penggunaan aktif sehingga 18 jam 49 minit
    • Menyokong pengecasan pantas 20W, mencapai 50% dalam 30 minit

iPhone 16 Plus sesuai untuk pengguna yang mencari peranti dengan prestasi tinggi dan ketahanan bateri yang baik. Dapatkan di Lazada sekarang!

4. Samsung Galaxy A34 5G

Samsung Galaxy A34 5G menawarkan bateri tahan lama dengan harga yang berpatutan, sesuai untuk pengguna yang mencari keseimbangan antara prestasi dan kos smartphone.

  • Kapasiti Bateri: 5,000mAh
  • Ciri-ciri Utama:
    • Paparan 6.6 inci FHD+ Super AMOLED dengan 120Hz refresh rate
    • Processor MediaTek Dimensity 1080
    • RAM 6GB atau 8GB
    • Internal Storage 128GB atau 256GB, boleh diperluas hingga 1TB
    • Kamera utama 48MP, ultra-wide 8MP, makro 5MP, dan selfie camera 13MP

Galaxy A34 5G menawarkan ciri-ciri yanf cukup canggih dengan ketahanan bateri yang memuaskan. Dapatkan di Lazada sekarang.

5. Google Pixel 9 Pro XL

Google Pixel 9 Pro XL hadir dengan teknologi bateri terkini dan disokong oleh kecerdasan buatan (AI) Google untuk mengoptimumkan penggunaan kuasa dengan baik.

  • Kapasiti Bateri: 5,060mAh
  • Ciri-ciri Utama:
    • Paparan LTPO OLED 6.8 inci dengan 120Hz refresh rate.
    • Cipset Google Tensor G4
    • RAM 16GB dan internal storage minimum 128GB
    • Kamera utama 50MP, ultra-wide 48MP, telefoto 48MP, dan kamera selfie 42MP
    • Menyokong pengecasan pantas 45W dan pengecasan tanpa wayar

Pixel 9 Pro XL adalah antara pilihan yang bagus untuk mereka yang mahukan bateri tahan lama, kecanggihan AI, dan prestasi kamera yang cantik dan sangat bagus. Dapatkan sekarang di Lazada.

Kesimpulan

Memilih smartphone dengan bateri tahan lama adalah penting untuk memastikan peranti anda dapat memenuhi keperluan harian tanpa gangguan. Senarai di atas adalah antara beberapa smartphone pilihan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda pada tahun 2025. Pastikan untuk mempertimbangkan spesifikasi lain seperti prestasi, kamera, dan ciri tambahan mengikut keperluan anda ketika membuat keputusan pembelian. Dapatkan Google Pixel 9 Pro XL di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *