HD Mobile

6 Tips Mengelakkan Kerosakkan Motherboard Smartphone Anda

Motherboard merupakan komponen utama dalam smartphone yang berfungsi menghubungkan semua komponen lain untuk memastikan peranti berfungsi dengan baik. Jika motherboard rosak, ia boleh menyebabkan keseluruhan telefon tidak boleh digunakan. Oleh itu, menjaga motherboard smartphone adalah sangat penting. Berikut adalah beberapa tips mudah untuk mengelakkan kerosakan motherboard smartphone anda:

1. Elakkan Smartphone Terjatuh

Jatuh dari ketinggian boleh menyebabkan kerosakan fizikal kepada motherboard. Gunakan casing pelindung dan tempered glass untuk melindungi telefon anda. Selain itu, pegang telefon dengan cermat, terutamanya apabila berada di tempat tinggi seperti tangga atau meja.

2. Hindari Pendedahan kepada Air

Air adalah musuh utama elektronik. Pastikan anda menjauhkannya daripada air atau kelembapan. Jika terkena air, segera matikan telefon dan bawa ke pusat servis berdekatan sebelum smartphone anda mengalami kerosakan yang lebih teruk.

3. Gunakan Pengecas Asal atau Berkualiti

Pengecas palsu atau berkualiti rendah boleh menyebabkan lonjakan arus elektrik yang merosakkan motherboard. Gunakan pengecas asal atau yang disahkan untuk model telefon anda. Jangan biarkan telefon dicas terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kepanasan melampau.

4. Elakkan Overcharging

Overcharging berlaku apabila peranti dicas melebihi had yang sepatutnya, menyebabkan lebihan tenaga masuk. Ini boleh merosakkan motherboard atau komponen lain.

5. Elakkan Overheating

Kepanasan melampau adalah salah satu punca utama kerosakan motherboard. Jangan gunakan telefon untuk bermain permainan (game) berat atau menonton video untuk tempoh yang terlalu lama tanpa rehat. Biarkan telefon sejuk seketika sebelum terus menggunakannya.

6. Pastikan Bateri Berfungsi Dengan Baik

Bateri lama atau rosak boleh menyebabkan masalah pengecasan yang boleh mendatangkan kerosakkan pada motherboard smartphone anda. Tukar bateri jika ia menunjukkan tanda kerosakkan.

Penutup

Menjaga motherboard telefon anda tidaklah sukar jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang betul. Dengan menjaga telefon dengan baik, anda bukan sahaja dapat mengelakkan kos pembaikan yang tinggi tetapi juga memastikan peranti anda berfungsi dengan baik untuk tempoh yang lebih lama. Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *